Thursday, November 13, 2014

Buang Air Besar Berdarah..#Cancer-B17


Jangan terlalu ambil mudah jika anda pernah berdepan dengan situasi ini, di mana darah keluar dari dubur ketika membuang air besar. Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar atau menjurus ke arah itu.

Jika terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau berdepan risiko sukar disembuhkan. Pakar Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid colon. Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes membabitkan bahagian berkenaan.

“Selebihnya boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembedahan, terutama membabitkan kanser usus besar.

Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.
Katanya, penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah menghidap kanser.
“Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berisiko perlu membuat kolonoskopi screening (pemeriksaan bahagian dalaman seluruh kolon dan rektum menggunakan alat bercahaya fibre optik mudah lentur yang dimasukkan melalui dubur) sebulan sekali.

“Pemeriksaan itu dapat mengesan ketumbuhan pada usus besar dan berkeupayaan membuang polip,” katanya.

Ballan berkata, golongan berisiko menghidap penyakit itu digalakkan tidak memakan makanan berkarbohidrat tinggi, sebaliknya memperbanyakkan makanan serat.
Dalam episod 14 tersebut, seorang pesakit kanser usus besar berusia awal 50-an bertindak bijak apabila melakukan pemeriksaan selepas menyedari ada yang tidak kena pada dirinya.
Pesakit yang enggan dikenali itu berdepan petanda kanser usus besar dan pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidapnya, tetapi masih di peringkat awal.

Ballan berkata, jika kanser berjaya dikesan di peringkat awal, bentuk rawatan paling sesuai adalah pembedahan. Katanya, selain kolonoskopi, pesakit perlu melalui pemeriksaanechocardiogram sebelum menjalani pembedahan.

“Tujuan pemeriksaan ini untuk mengesan keadaan jantung pesakit.
“Kebiasaannya, ujian ini disarankan oleh pakar sebelum atau selepas pembedahan dan hasil ujian dihantar kepada doktor terbabit (dengan pembedahan),” katanya.

Selepas pesakit menjalani dua pemeriksaan itu, pakar bius akan memainkan fungsi dalam membantu mengurangkan kesakitan pesakit selepas sedar daripada pembedahan. Sebelum pembedahan dimulakan, insisi dibuat pada perut pesakit selepas kedudukan kanser di usus dikesan bagi memudahkan doktor mengeluarkan usus berkenaan.

Jika ketumbuhan pada kiri atau kanan usus, insisi melintang dilakukan tetapi jika ketumbuhan pada usus sebelah atas, insisi dilakukan dalam keadaan menegak.



Buang
Ballan berkata, pesakit dirawatnya dikesan ada ketumbuhan pada usus besar sebelah kiri dengan kedudukannya di bahagian hujung. Katanya, sebahagian usus besar pada bahagian ini dibuang dan disambungkan semula.

“Usus besar dikeluarkan daripada perut supaya mudah diasingkan, manakala salur darah pada usus diikat dan diasingkan dengan teliti bagi mengelak kehilangan banyak darah.
“Lemak yang melekat pada usus besar perlu diasingkan, tetapi tidak perlu dibuang kerana ia berfungsi sebagai penebat usus,” katanya.

Untuk peringkat seterusnya, ketumbuhan dari usus akan dikeluarkan dan sel kanser yang terlekat di bahagian hujung akan dibersihkan. Sejenis alat dikenali alat ditomi digunakan dan ia berfungsi sebagai alat pemotongan menggunakan arus elektrik yang mampu mengurangkan kerosakan pada salur darah serta masalah pendarahan. Selepas itu, bahagian usus besar yang hendak disambung semula dibersihkan dan proses penyambungan dilakukan menggunakan sejenis alatan canggih, “stapler usus”.

Ballan berkata, penggunaan stapler ini menggantikan kaedah jahitan dan ia lebih efisien, mudah dan cepat.

“Alat ini juga mampu mengurangkan risiko kebocoran pada usus selepas penyambungan,” katanya.
Justeru, mana-mana pesakit kanser usus besar yang takut menjalani pembedahan kerana beranggapan rutin harian mereka dibelenggu dengan kolostomi, iaitu beg yang dilekat pada bahagian luar badan, tidak perlu bimbang lagi. Ini kerana, dengan penggunaan stapler ini, kolostomi tidak perlu digunakan lagi, malah penggunaannya hanya tiga peratus dan bersifat sementara.

Apabila selesai proses penyambungan itu, insisi di bahagian perut pesakit terbabit dijahit semula, manakala spesimen yang dikeluarkan akan dibawa ke makmal untuk ujian biopsy.

No comments:

Post a Comment

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK TIRUAN/PALSU

Pastikan setiap produk Aprikot yang anda beli mempunyai nombor kelulusan (MAL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah diragui tahap kebersihan dan cara proses/pembuatan produk Aprikot tidak mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.

Link Aduan Awam: Kementerian Kesihatan Malaysia.


PENGEDAR/STOKIS DIPERLUKAN SEGERA

Mencegah dan Merawat Kanser.

Alternatif Rawatan Penyakit Kanser Vitamin - B17 (Biji Aprikot).

Sila hubungi :-
Mohd Faizal : 012-9388669 /
Zuraida : 019-3569188

Sebarang Pertanyaan sila email ke:
appricotseed@gmail.com

Harga RM160/btl (Kuantiti 300 biji kapsul yang di Ekstrak)

Harga Promosi RM110/btl (Kuantiti 200 biji kapsul ekstrak)
Kelulusan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL12115019TC)